Monday, July 27, 2015

KESEDARAN UNTUK BERAMAL

 “ Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” – Riwayat al-Bukhari


Keterangan :

Iaitu mengetahui tentang keagungan Allah SWT, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan di dalam kubur dan hari kiamat.

Sekiranya ambil maklum akan akhirat, maka seseorang itu akan kurang ketawa atas sebab bersukaria, berlawak jenaka atau menghabiskan masa sepanjang hidupnya dengan perkara yang sia-sia yang kononnya hidup hanya sementara * masa kecik-kecik ni la yg aku terpengaruh, sbb aku suka tgk cita omputeh..deme kan ajor pahaman cenggini..LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST BECAUSE YOU ONLY LIVED ONCE!!. hmm..udah aku tepesong..ate...salahkan diri le.dah mung g pcaye bakpe..ustat kabo xmboh dgor..g dgor omputeh..ork? padang muke..huuu..*

Malah seseorang itu akan banyak menangis mengenangkan dosa-dosa atau perbuatan-perbuatan yang boleh menghalang daripada mendapat pahala. Maka disebabkan itu jugalah boleh mendorong seseorang itu melakukan amal ibadah.

Credit to: Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka

No comments:

Post a Comment

DANA MENERUSKAN HIDUP