Wednesday, July 29, 2015

JIhad


Tuesday, July 28, 2015

Expected Readers : kaki Makan

Salam and hi all. *standard*

Den xdo byk nk kabo ekau. tp. den ado sikit nk crito.
Aritu den poe slim river,perak mber den kawin.
Bagi den. slim river tu aman bonaaa tompeknyo.ngehehe..
den nk koba..kalao ekau stock2 student mcm den.
dwet ado 2pohsen ja.tapi nak jalan2..
ekau leh ikut perbuatan den ni.

den pjalanan kiro dari slim river, perak - melaka. total kami 4 org.
duit hangus = rm 70++ je per head.
Tentative den cenggini :


1. Check in kat Chalet namo Rest House  kat Slim River *hahaha gelak ekau eh!*
Eh boleh tahan lah seleso dia. RM74.20 *  Satu Queen bed satu Single bed *gomen rates*
Rupo dia camniiiaa :


gambo bukan den punyo,den pinjam: d2zack.blogspot.com

2. Den makan dereyan kg Perak. makk aiii sodapppp ehh!!! Selonggok rm 15 : gambo xpayah la. ekau kalau xkenei dereyan ekau google sendiri la!

3. Pastu kek pokan kocik dia..tepi FAMILY MART..ado gerai kecik..mamak..ekau kalau jauh bona nk poe pineng..ekau leh try sini..den rasoo..indohhh jugak mkann yo nyo raso.

 Pasemboq Hang Kena MenyemboQ : den suko. bahan2 dia FRESH.

Biaso lah. MEE Goreng MAMAk..OK sodap.

Cendol Jagung : Just Nice. Xmanis gilo. Xla xmanis lngsung..baguih mamak ni. topet TASTE den

Pastu ekau nak balik kL kan..so..den ngn kengkwn decide buek kojer yg xpayah patah2 balik.
so..apo yang ekau boleh buek, singgah la Kuala Selangor.

3.Ha.ni kerjo seronokkk jangg!! misi mencarik udang galah...kalau ekau nak..ekau waze ke sri palembang kuala selangor..den mmg suko mkn kodei2 kampong..menu yummi dio..udang galah berempah. den recommend lah sgt. ha, poe la cubo. sekilo = rm 60..

kodei kg ja..ish..den suka...!!
 
sungei kek topi kodei tu..
sodap nih. tp nasib den xbrapo baek. dapat baby2 galah ja. takpa. syukorr! sodap!

 
sup sayou + air 6 gelas + nasik spinggan + udang grg knyit 1/2 kilo + udang berempah 1/2 kilo
 = RM 74.00

4. dah smp KL..kalau raso tekok ekau dinosor..ekau mkn eskerim plak..magnum customized..IOI..RM9.9pohsen...

5. Ekau dah bosa mcm gajah den tgk niaa..dah la.balik la..poee tido...zzz...bai!


Monday, July 27, 2015

KESEDARAN UNTUK BERAMAL

 “ Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.” – Riwayat al-Bukhari


Keterangan :

Iaitu mengetahui tentang keagungan Allah SWT, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan di dalam kubur dan hari kiamat.

Sekiranya ambil maklum akan akhirat, maka seseorang itu akan kurang ketawa atas sebab bersukaria, berlawak jenaka atau menghabiskan masa sepanjang hidupnya dengan perkara yang sia-sia yang kononnya hidup hanya sementara * masa kecik-kecik ni la yg aku terpengaruh, sbb aku suka tgk cita omputeh..deme kan ajor pahaman cenggini..LIVE YOUR LIFE TO THE FULLEST BECAUSE YOU ONLY LIVED ONCE!!. hmm..udah aku tepesong..ate...salahkan diri le.dah mung g pcaye bakpe..ustat kabo xmboh dgor..g dgor omputeh..ork? padang muke..huuu..*

Malah seseorang itu akan banyak menangis mengenangkan dosa-dosa atau perbuatan-perbuatan yang boleh menghalang daripada mendapat pahala. Maka disebabkan itu jugalah boleh mendorong seseorang itu melakukan amal ibadah.

Credit to: Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka

SIFAT KEJI – TAKABBUR


Siapalah kita untuk bersifat takabbur, riak dan sombong dihadapan manusia sedangkan Allah SWT sedang memerhatikan tindak-tanduk kita. Selayaknya adalah Allah SWT sahaja yang bersifat sedemikian. Allah SWT telah berjanji bahawa bagi orang yang bersifat sombong neraka Jahannam lah tempatnya.

فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِين 


“Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu”
(QS. An-Nahl: 29)


Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memiliki sifat sombong ini ialah, firman Allah SWT yang bermaksud :


“Janganlah kamu berjalan dengan menyombongkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) 

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23) 


Biasanya perasaan ini akan timbul apabila kita berhadapan dengan orang yang lemah pada sangkaan kita. Kita lihat penampilannya yang biasa, rupanya yang biasa, pangkatnya lebih rendah maka pada masa itulah perasaan bangga diri datang dan menerbitkan kesombongan.


Perkara-perkara yang biasanya menjadi bahan kesombongan atau ketakabburan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Ihya Ulumuddin (tulisan Imam Al-Ghazali) ada tujuh perkara, iaitu


-ilmu pengetahuan 
-amalan dan peribadatan 
-keturunan 
-keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal 
-harta kekayaan 
-kekuatan fizikal 
-kuasa atau pengaruh. 


Orang yang sombong juga tidak akan dapat meninggalkan perasaan dendam, memberi nasihat kepada saudara muslim yang lain secara jujur atau ikhlas dan tidak dapat melaksanakan budi pekerti yang baik. Sifat sombong atau takabbur juga sebenarnya menyebabkan seseorang itu awal-awal lagi akan disisihkan oleh Allah SWT di dunia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud;

"Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayatKu orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran." (Al-A'raf: 146)
Selain itu natijah kesombongan juga, menyebabkan pintu hati pengamalnya tertutup dari menerima hidayah dan kebaikan dari Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud; 

"Demikianlah Allah menutup tiap-tiap hati orang yang sombong lagi ganas (memaksa rakyat)." (Surah Al-Mukmin : 35) 
Apa yang lebih malang, pemilik sifat takabbur yang menafikan hak-hak Allah akan ditempatkan ke dalam neraka seiring dengan firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan." (Surah Al-Mu'min: 60)

Dan ini diperkukuhkan lagi oleh hadis yang berbunyi yang bermaksud;

"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."

Oleh itu, takutlah kita dengan azab Allah SWT yang sememangnya amat dahsyat dan janji-janji Allah itu adalah benar. Justeru didiklah hati kita dengan meletakkan kebesaran Allah SWT yang paling teratas dan ingatlah bahawa kita sedang diperhatikan oleh-Nya!


CREDIT TO :Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Monday, July 6, 2015

Kena ada ILMU kalau nak kahwin.

 My husband always remind me that 'love is not just about feelings, its commitment'. How 2 person commits to give their best, whatever it takes.
...., i guess im a bit demanding as well.. I pun nak Prada nak LV nak Ferragamo.. But my husband cakap, mengikut Islam, when he takes me, he takes up the responsibility to fulfill my wants and needs.. Tp i pun tak ada lah minta bukan2 frm my husband bcz i pun kerja so i can afford what i want with my own money.. Ni lah dipanggil EHSAN.
Tahu tak tugas dalam rumah ialah tanggungjawab suami? Tahu tak dlm Islam ada bahagian nafkah utk wangian dan perhiasan isteri? I taktahu, Saif yg beritahu.. Tahu tak, kalau isteri dah biasa bersenang jadi tanggungjawab suami utk sediakan maid? Itu pun Saif beritahu.. Kenapa Saif tahu bcz he reads alot, he listens alot.. Dia bukan lelaki yg besar kepala dan bentuk marriage ikut kepala dia je dengan verdict, ikut hukum agama isteri kena patuh pada suami! Tak, Rasulullah tak berkeras dgn isteri, Baginda suami penyayang, kongsi selimut, bergurau senda, pergi pasar kemas rumah, what does that tell u? It means he was a loving man, responsible and tolerates in marriage.
Tanggungjawab isteri dlm Islam ialah menjaga suami, menjaga harta suami sepanjang pemergian dan menjaga kehormatan diri.. Kerja rumah tu ehsan isteri, jaga anak tu ehsan, duit isteri dalam household ialah sedekah dari isteri. Tak percaya? Dalamilah ilmu agama berkaitan perkahwinan.. Jgn tahu nak kawin je lepas 6 minggu dah macam2 jadi..
Kalau mutually dah agree to swap duties, itu persetujuan antara suami dan isteri. EHSAN. Ini rumah bersepah marah isteri pulak instead of buat jugak. Susu anak pun tak reti nak buat. Memang tanggungjawab lelaki besar. Sebab tu, kalau tak sanggup, fikir byk kali sebelum kawin.









Indahnya perkahwinan bila suami jadikan akhlak Rasulullah sebagai his way of life and core of action.. Ni tak, kutip sunnah tang kawin 4.. Imamkan isteri solat pun entah ada ke tak.. Kerja rumah serah bulat2 kat isteri.. Duit sendiri perabih kat main bola, lepak dgn kawan, rokok. Duit isteri guna beli pampers duit dapur. Duit isteri bayar rumah bayar kereta. Itu semua tanggungjawab suami. Macam mana rezeki keluarga nak bertambah kalau isteri bagi duit dlm tak ikhlas dlm marah sbb suami tak berikan nafkah dia malah ambil pulak lagi dr dia bahagian yg sepatutnya tanggungjawab suami? Again, if the parties dah agree to swap responsibility, itu lain. Thats EHSAN.

Susah kan jadi lelaki? Sebab itu lah digalakkan kahwin dari kalangan sekufu.
Tapi zaman sekarang, entahlah.. Kita kata kita islam, tapi kita pilih2 panduan yang mana nak ikut.. Sedih kan.
Kalau Rasulullah tengok agaknya Baginda sedih tak? Ini ke Umat yg dia rindu dan sebut berkali2 sebelum wafat tu.. Ini ke umat yg nak diberi syafaat tu..
Ingatan buat sendiri dan semua, jom kita tepuk dada tanya iman.

Sunday, July 5, 2015

Kisah Hati

Catatan dari:

Habib Ali Zaenal Abidin: Apakah Hati Yg Disukai & Dibenci oleh Allah | Kisah Hati Kaum Bani Israel(https://youtu.be/7iDASN1Sz6k)

Bekas yang boleh mengisikan tempat Allah s.w.t ialah HATI.
Hati yang boleh menempatkan Allah s.w.t
1. Kuat di dalam keyakinan
2. Kuat di dalam berpengang kepada agama
3. Lemah lembut kepada kaum Al- Mukminin.















Hati yang keras, ialah hati yang amat dibenci Allah s.w.t..
Allah mensifatkan keras hati ialah hati Bani Israel.. Mukjizat Nabi Musa sudah terlihat,
e.g : menghidupkan yang mati.. namun mereka masih INGKAR. INGAKARNYA BANI ISRAEL..
TERHADAP AYAT ALLAH S.W.T..

Sebab-sebab HATI menjadi KERAS

1. Kemaksiatan (kecil atau besar)
-Bilamana hamba melakukan perbuatan BAIK akan membawa kesan TITIK PUTIH..BERSINAR
-Bilamana hamba melakukan perbuatan MAKSIAT akan ada TITIK HITAM...

2. Lalai ( daripada mengingati Allah s.w.t)
- Tidakkkah tiba masanya bagi org2 beriman utk khsyuk hatinya kpd mengingat Allah ..
- Kelalaian Assahabah yg ditegur oleh Allah :
 " mereka duduk bersama, lalu borak-borak.. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. terdengar..Baginda smp keluar dari rumah dlm keadaan memerah wajahnya..lalu menegur mereka..
"Adakah kamu sudah merasa terjamin dari hukuman Allah..sehingga kamu boleh gelak ketawa begini..?" --- mmg boleh ketawa,tapi bilamana lebih hadnya, ..dikatankan , org yg byk ketawa ini..dapat mematikan hati..mengeraskan hati..

Bagaimana nak menghapuskan kesilapan itu...
"..dan hendaklah kamu menangis sebanyak mana kamu ketawa..."

3. Berpaling daripada kebenaran ( paling bahaya)
-Melihat kenyataan yang benar,tapi enggan mempercayai...
-Hati nya tau ini adalah ayat Allah..hati nya tau ini adalah kebenaran..tapi hatinya ENGGAN menerima kebenaran...
"..brg siapa yang berpaling daripada mengingati Aku..maka dia akan berada dlm kehidupan yang sempit,yang tertekan..kami akan bangkitkan mereka ini dlm keadaan BUTA.." (Quran)


4. Putusnya hubungan seorang manusia dengan Nabi mereka
- bukan bermakna tidak mengakui nabi itu nabi..tapi tidak mempunyai hubungan Qolbiah..



RAMADHAN 2015

(http://www.redbubble.com/,2015)

DANA MENERUSKAN HIDUP